Thursday, 31 December 2009

SUMPAH MB TERENGGANU

"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat." - Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.

Ahmad melakukan sumpah ini di persidangan Dewan Undangan Negeri dua hari lepas. Kenapa beliau bersumpah?

Ianya berpunca dari soalan Alias Abdullah, seorang Adun BN mewakilili Limbat.

Sumpah Ahmad ialah untuk menyakinkan Dewan bahawa tiada penyelewengan dalam pemberian kontrak untuk pembelian kurma dan air zam-zam yang diedarkan kepada orang ramai.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=464190

Tahniah kepada Adun Limbat atas sikap keterbukaan beliau dalam memastikan pentadbiran BN di Terengganu benar-benar telus.

Wednesday, December 23, 2009

AHMAD SAID & PERTUNJUKAN PENTAS

"Ini satu petanda baik walaupun kadang kala kita lihat cara soalan dikemukakan tidak seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan...seolah-olah sebagai parti pembangkang...tapi kita tidak kisah." - Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.

Ahmad merujuk kepada soalan yang cukup panas dari Adun Umno dari Bukit Besi Din Adam.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=463633

Laporan itu juga menyebut: "Ahmad kemudian menyindir Din dengan menyatakan wakil rakyat itu kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya tidak mengetahui pembangunan di kawasan sendiri."

"Pertikaman lidah turut melibatkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) apabila beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong."

Kalau tidak silap kita, Umno Terengganu sudah kembali aman selepas retreat di Janda Baik tidak lama dahulu. Katanya ahli Umno di Terengganu berpeluk-pelukan di atas pentas di Janda Baik tanda suasana harmoni selepas Ahmad diserang hebat oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti beliau sendiri.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/40641-muhyiddin-umno-now-ready-to-take-on-its-foes-

Rupa-rupanya apa yang berlaku di Janda Baik hanyalah satu pertunjukan pentas.

Sumber : http://kedahku.blogspot.com/

SESUDAH SUBUH

Selamat Tahun Baru Mat Said

SAYA pernah bercanda menerusi tulisan mengatakan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu ada ilmu Pak Dogol. Maksud saya walaupun dia nampak ‘komang’ kata orang Terengganu, tidak hebat, nampak darat macam orang kampung tetapi dia ada kelebihan. Yang pastinya kalau bukan ada kelebihan dan keistimewaan, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak akan perkenan untuk dia jadi MB.

Masih ramai lagi Adun BN yang dianggap dan merasakan diri lebih hebat dari Mat Said. Ada 20 orang lagi, tetapi kenapa Mat Said yang dipilih jadi MB oleh Sultan. Yang lebih hebat daripada bekas MB, Idris Jusoh pun ada, seperti Rosol Wahid, Din Adam, tetapi tidak dipilih, Mat Said juga diambil Sultan. Kenapa? Cuba tanya Zabidi Saidi rakan saya berasal dari Terengganu itu.

Sebab itu saya kata Mat Said ada ilmu Pak Dogol. Tenguk Pak Dogol dalam wayang kulit dia, nampak hodoh, perut buncit, hidung besar tetapi keramat dan baik budi. Lidah juga masin 'barang minta barang boleh barang kata barang jadi.'

Selalunya istana hanya akan memberi perkenan kepada orang yang baik budi, perangai comel dan tahu adat istiadat istana sahaja untuk menjadi menteri, wazir dan pegawainya. Orang yang sumpah seranah sultan takkan diambil! Hatta untuk jadi tukang kebun dan jong masak pun kena ada takmaninah. Istana tidak akan ambil orang perangai buruk, cakap besar berjalan lenggak ke langit dan berperasan tinggi.

Malam tadi saya minum dengan seorang rakan, bekas pegawai tinggi kerajaan. Dia baru balik dari Terengganu kerana menghadiri satu seminar mengenai sukan. Dia terlibat dalam membentangkan kertas kerja berhubung pengembangan dan pembangunan sukan di negeri itu.

Rakan ini sejak bersara, lebih mirip kepada pembangkang menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim. Bukan apa kerana Anwar rakannya! Hubungannya dengan Anwar kukuhnya macam akar tunjang bumi. Semasa Anwar dalam penjara di Sungai Buloh dulu dialah antara orang yang ‘membantu’ Anwar menerusi bidang kuasanya. Beli meja pingpong dan lengkapkan peralatan sukan dan riadah dalam penjara untuk kemudahan Anwar.

Baru inilah dia ke Terengganu. Beliau diundang disebabkan kepakarannya dalam bidang sukan. Banyak pembangunan sukan negara ditangani dan jaya. Apa nak diceritakan dan mengejutkan saya ialah bila dia menceritakan mengenai kehebatan Mat Said.

“Hebat Mat Said ni rupa-rupanya?” katanya. Saya terkejut dan terpaksa bertanya balik takut dia tersalah cakap atau sengaja nak perli MB Terengganu itu.

“Hebat macam mana?” soal saya agak hairan kerana jarang saya dengar di Kuala Lumpur ada orang puji Mat Said sebegitu. Banyaknya memperleceh dan memperlekeh Mat Said. Yang kata Mat Said MB cap ayam pun ada.

“Hebat! Dia buat kerja dia tidak peduli apa orang nak kata kepadanya...” jelas rakan ini menunjukkan wajah kekagumannya. Ulasnya lagi, walaupun kawan-kawan sepertinya kritik dia, palu dia, dia buat tidak peduli saja. Dia hadapi dengan selamba saja.

“Jarang orang boleh lakukan begitu, selalunya kalau kena kritik seseorang itu akan give-up. Tetapi tidak bagi Mat Said. Seolah-olah hentaman dan kritikan itu dijadikan cabaran untuk dia buktikan kemampuannya. Inilah saya maksudkan hebat! Dan dia berjiwa besar,” sambung kawan yang sudah mencecah 60 tahun itu.

Mulanya saya tidak merasa apa-apa kelebihan kalau setakat itu. Tetapi bila kawan ini menceritakan bagaimana Mat Said menumpahkan ilham merangka pembangunan infrastruktur dan sosial untuk Terengganu baru saya faham apa yang hendak dimaksudkan itu. Dalam bidang sukan misalnya Mat Said mahu jadikan Terengganu cemerlang dalam semua bidang sukan. Dia tidak sebut saja, tetapi disediakan peruntukan yang banyak.

“Saya yakin dengan apa yang Mat Said nak buat akan berjaya. Sepanjang seminar itu saya lihat sambutan dan semangat peserta sungguh tinggi. Ini menampakannya pegawai kerajaan yakin dan seronok dengan Mat Said..” jelasnya.

Katanya kalau seorang MB mendapat kerjasama dari pegawai kerajaan tidak ada masalah kalau pun Adun lain tidak menyokongnya. Bagi rakyat yang penting kebajikan untuk mereka dan bukan mereka nak lihat cita-cita peribadi seseorang Adun itu yang dicapai.

“Tetapi katanya Pas Terengganu yakin akan tumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang?” kata saya menyeka perasaan kagumnya berdasarkan dakwaan sesetengah orang Pas.

“Saya tidak nampak kalau lihat kepada cara Mat Said berkerja. Sikap humble dan juga perhubungannya dengan rakyat berjalan baik. Rakyat suka kepadanya. You mungkin tidak tahu dia baik dengan Adun Pas. Mat Said tidak pun ada masalah dengan Pas. Yang buat masalah ialah dua tiga orang rakannya yang dengki dan cemburu dengannya,” kata rakan ini lebih mengetahui maklumat politik Terengganu dari saya.

Apa lagi katanya dengan wang ehsan yang banyak dicampur dengan approach Mat Said yang pedulikan rakyat, sediakan peruntukan RM10 juta untuk OKU...susah untuk Pas dan Pakatan Rakyat gugat Terengganu. Lainlah ada isu besar atau mistik yang Mat Said lalukan seperti mana Idris Jusoh buat dulu.

Tambahnya lagi kenapa Idris Jusoh tidak disukai kerana melambakkan pembangunan di Besut dan menambunkan projek kepada kroni. “Kalau Mat Said belajar dari kesilapan Deris ini saya fikir susah juga untuk Pas ambil Terengganu,” tekannya.

Dalam perjalanan pulang saya terfikir-fikir mengenai kawan ini. Dia bekas pegawai kerajaan yang kini sudah mulai membenci kerajaan. Semua masalah dalam kerajaan termasuk serbanika penyelewengan dia tahu. Jadi bila dia mentafsirkan kerajaan Terengganu dan kehebatan Mat Said begitu mungkin benar kerana dia sudah melihat dengan hati yang bebas.

Dan saya tidak pelik kalau Mat Said berjaya menghidupkan hubungan beliau dengan rakyat dan mengurangkan masalah dengan publik. Rahsianya ialah beliau bijak menyusun program mengutamakan rakyat.

Manakala serentak itu beliau mengurangkan isu-isu buruk mengenainya terdedah di media massa. Mungkin kehebatan Mat Said ini orang tidak sedar yang beliau dibantu oleh seorang wartawan profesional yang luas pengalaman. Saya yakin apa yang diterima oleh Mat Said ini kerana kegigihan dan nasihat Hambali Abd Latiff salah seorang pegawai khasnya di pejabat MB. Selalunya tuan akan jadi baik kalau kuli turut memberi pedoman secara berhemah dan fatanah. [wm.kl 7:30 am 31/12/09]

Sunday, 27 December 2009

“……saya yang mengatur semua yang terjadi sehingga calon yang diminatinya dalam pilihanraya yang lalu tidak tersenarai..." Rosol Wahid

“……saya yang mengatur semua yang terjadi sehingga calon yang diminatinya dalam pilihanraya yang lalu tidak tersenarai. Kesannya saya mendapat kifarah dari Allah… - Rosol Wahid

Ini lah catatan Rosol dalam blognya pada 15/12/2009, syukurlah berkat berkunjung tanah suci beliau telah menerima segala kenyataan adan suratan. Kenyataan penuh adalah sebagaimana di bawah.

“Maaf kepada Saudara Ahmad yang saya siarkan komen beliau terhadap saya. Mungkin beliau merasakan bahawa saya yang mengatur semua yang terjadi sehingga calon yang diminatinya dalam pilihanraya yang lalu tidak tersenarai. Kesannya saya mendapat kifarah dari Allah...Kalu benar begitu Alhamdululillah...dan saya berdoa agar kifarah ini tidak dibalas di akhirat kerana telah langsai di dunia... InsyaAllah...kerana kifarah Akhirat lebih hebat dan lebih dahsyat...tak mampu saya tanggung. Cuma saya mendoakan kepada Allah agar tuduhan yang diutarakan oleh Sdr Ahmad kepada saya adalah tuduhan yang pertama dan terakhir dan tiada lagi selepas ini insan yang akan dituduh sedemikian oleh beliau...InsyaAllah “

...Orang mukmin tidak akan dipatuk oleh ular dua kali dalam satu lubang...maksud hadis...Fikir-fikirkanlah


Setiausaha Kerajaan Terengganu Gagal Wujud Pentadbiran Yang Baik, Telus dan Bertanggungjawab’ (Good Governance, Transperancy & Accountability)

Buliten Online melaporkanantaranya " Amat mengejutkan dan agak pelik ! Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mokhtar Nong tidak tahu menahu tentang kehilangan tiga buah kenderaan milik kerajaan negeri.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, sepatutnya SUK lebih tahu kerana perkara tersebut telah di nyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara.


http://buletinonline.net/images/stories/berita17/hilangkenderaan1.jpg

”Saya kemukakan soalan dam sidang DUN, tentang kehilangan 3 buah Proton Perdana V6 sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,

”SUK tak tahu apa-apa tentang kehilangan kenderaan milik kerajaan itu,”kata Haji Wahid ketika dihubungi Buletinonline semalam.

Selain kereta, katanya, sebuah jengkaut (excavator) milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut hilang.

Malah, sewaktu makan tengahari, beliau telah diberitahu oleh Pegawai Kewangan Negeri, bukan tiga buah kereta Proton Perdana yang hilang, tetapi empat.

”Saya juga dimaklumkan, waktu makan tengahari, Pegawai Kewangan beritahu, bukan tiga kereta yang hilang tetapi empat,

”Sebuah proton Perdana baru hilang awal tahun ini,”jelasnya.

Keadaan tersebut katanya menunjukkan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan Umno/BN negeri Terengganu yang turut mendapat teguran oleh Ketua Audit Negara.

Malangnya, kata beliau, Laporan Ketua Audit Negara berkenaan Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Tahun 2008 tidak diedarkan kepada wakil-wakil rakyat .

”Ia satu lagi kelemahan kerajaan, sepatutnya ia diedarkan, supaya perkara yang penting dalam Laporan tersebut dapat diketahui dan dibahaskan dalam siding DUN,”katanya.