Kad ucapan motivasi semangat pekerja ![]() Pengerusi Kelab Sukan (Kesukan) Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Hulu Terengganu, Ariffin Abdullah berkata, pelaksanaan program itu digerakkan oleh kelab berkenaan, bermula awal tahun ini yang secara tidak langsung membantu mengeratkan silaturahim dalam kalangan mereka, membabitkan semua bahagian. “Walaupun hanya sekeping kad ucapan diletakkan atas meja pekerja pada hari ulang tahunnya, ia mempunyai maksud tersirat yang sememangnya dapat memberi mereka motivasi supaya terus berusaha ke arah lebih baik. “Kad ucapan ulang tahun ini tidak hanya sekadar menyampaikan ucapan selamat hari lahir, namun melaluinya membuatkan pekerja menyedari peningkatan umur masing-masing. Seiring pertambahan usia, kakitangan juga perlu berubah iaitu menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” katanya. Menurutnya, melalui konteks itu, mereka bukan sekadar dapat memotivasikan diri bagi meningkatkan prestasi kerja dan bertanggungjawab terhadap kerja serta majikan tetapi juga kepada anak dan keluarga masing-masing. “Seiring kematangan dan pertambahan usia kakitangan, diharap dapat melahirkan individu berdedikasi, berintegriti dan berwawasan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada program gotong-royong asyura di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam. Program dimeriahkan dengan penyertaan 250 kakitangan yang dipecahkan mengikut rumah sukan. Sebanyak lapan kawah bubur asyura disediakan, bukan hanya untuk diagihkan kepada kakitangan tetapi juga jabatan kerajaan berdekatan. Ariffin berkata, program itu adalah aktiviti pertama kelab berkenaan tahun ini. “Antara agenda tahunan lain adalah hari keluarga dan lawatan berinformasi ke jabatan lain bagi memberi pendedahan kepada kakitangan dari pelbagai aspek pelaksanaan pengurusan. “Biro di bawah kelab ini sentiasa dipantau supaya sentiasa bergerak aktif melaksanakan program atau aktiviti mengikut skop masing-masing,” katanya. Menurutnya, melalui kewujudan Biro Wanita, ternyata banyak membantu kakitangan wanita bukan hanya dari aspek kemahiran memasak ataupun jahitan tetapi juga merangkumi penampilan diri. |
Saturday, 16 January 2010
KAD UCAPAN MOTIVASI SEMANGAT PEKERJA
KAUNTER DARTAR PEMILIH
16 Januari, 2010 14:59 PM
Umno Buka Kaunter Pemilih, Ahli Pada Program Juara Rakyat
KUALA LIPIS, 16 Jan (Bernama) -- Umno akan membuka kaunter daftar pemilih dan keanggotaan Umno pada setiap siri program Juara rakyat di seluruh negara dalam usaha menambah lagi keanggotaannya selain memastikan mereka dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata ketika ini terdapat lebih 4.38 juta yang layak mendaftar tetapi masih belum berbuat demikian, dengan 2.85 juta atau 65 peratus adalah Bumiputera.
"Usaha kita ini adalah bagi membolehkan lebih ramai mereka yang belum lagi mendaftar keanggotaan dan pemilih dapat mendaftar segera, dan dapat menunaikan hak mereka sebagai pengundi.
"Antara faktor yang menyebabkan kegagalan mendaftar sebagai pemilih ialah kurangnya kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan untuk menjadi pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat dan Penerangan Pendaftaran Pemilih, Pengundi Baru dan Pemutihan Keanggotaan Umno anjuran Biro Daftar Keahlian Umno Pahang di Sungai Koyan, dekat sini, pada hari Sabtu.
Selain itu, Ahmad berkata Umno juga akan memperhebatkan lagi program Juara Rakyat ke semua 191 bahagian Umno di seluruh negara dengan setiap Anggota Majlis Tertinggi (MT) akan menjadikan lima bahagian sebagai "bahagian angkat".
"Lima bahagian yang dipilih itu adalah daripada lima negeri yang berbeza, tiga daripadanya kawasan yang dimenangi Barisan Nasional, dua lagi bahagian yang tewas, perkara ini diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi pada 4 Dis lepas," katanya.
-- BERNAMA
Tuesday, 12 January 2010
PM Mahu Sektor Awam Profesional Tanpa Kecenderungan Politik
11 Januari, 2010 23:08 PM
PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sektor awam di negara ini menjadi satu perkhidmatan yang profesional sepenuhnya tanpa kecenderungan politik.
Perdana Menteri berkata ini membolehkan penjawat awam menyokong serta menterjemahkan apa yang dihasratkan oleh kerajaan yang dipilih rakyat.
"Ini satu prinsip yang suci dalam negara kita jika hendak negara kita mencapai kejayaan demi kejayaan.
"Tidak kira apa jua pendapat peribadi, kita mesti berpegang kukuh dan teguh kepada perkhidmawatan awam yang profesional sepenuhnya," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini, pada hari Isnin.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Pengerusi SPA Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri.
Najib berkata penjawat awam juga mesti berani tampil ke hadapan dan berada di kelok pembaharuan dalam menggalas transformasi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara moden yang lebih disenangi.
Beliau berkata transformasi itu bukan bererti peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi daripada pelbagai aspek kehidupan masyarakat yang matang, tinggi tahap pendidikan dan nilai yang lebih kukuh.
"Hari ini kita berada pada abad ke-21 yang lebih mencabar jika dibandingkan pada masa lepas. Kita berdepan dengan pelaku-pelaku baru terhadap negara kita yang kini menjadi pesaing.
"Kita juga berdepan dengan tuntutan masyarakat kita yang lebih terdidik dan matang serta mempunyai harapan tinggi terhadap kerajaan," katanya.
Perdana Menteri juga mahu sektor awam bersikap lebih bersedia kepada cabaran masa kini yang lebih kompleks dan menghadapi persaingan daripada negara-negara yang dulunya tertutup tetapi kini bersikap lebih terbuka.
Dalam pada itu, Najib mahu penjawat berani membuat keputusan dan pelaksanaan secara pantas tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan awam.
"Pantas bukan bermaksud terburu-buru tetapi pantas dan tepat. Dulu saya ada dengar di hujung telinga, kalau orang awam hendak sesuatu, dengan segera respons kita kata tidak.
"Kalau hendak, biar mereka membuat rayuan tetapi sekarang cara itu sudah tidak sesuai lagi kerana masyarakat mempunyai harapan yang tinggi, mereka hendak kerajaan memberikan maklum balas," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Sijil MS ISO 9001:2008 SPA dan melancarkan Kaedah Pengambilan Secara Profiling (MyRecruitment) suruhanjaya berkenaan.
-- BERNAMA
Terengganu Teruskan Saman Ke Atas Petronas Tuntut Royalti Minyak
KERAJAAN Negeri Terengganu berkeras tidak akan menarik balik kes saman tuntutan royalti minyak ke atas Petronas yang dibuat zaman pemerintahan PAS di negeri berkenaan dahulu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pihak tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dan menarik balik kes berkenaan di mahkamah selagi tidak berpuas hati dengan segala hak dan kepentingan kerajaan negeri.
Sehingga kini katanya, Terengganu masih dalam rundingan untuk mendapatkan semula wang tuntutan royalti minyak negeri berkenaan berjumlah RM2.792 bilion daripada Kerajaan Persekutuan.
Ahmad berkata, rundingan tersebut bagaimanapun belum dapat diselesaikan apabila Kementerian Kewangan masih lagi dengan keputusan awal untuk membayar sebanyak RM1.686 bilion sahaja.
Beliau menegaskan bahawa jumlah terbabit tidak dipersetujui sambil memberitahu bahawa tuntutan yang dibuat telah pun ditolak dengan perbelanjaan Kerajaan Negeri.
“Itulah senarai yang kita putuskan dan kita berharap rundingan ini dapat kita diselesaikan dan saya boleh nyatakan bahawa selagi perkara ini tidak diselesaikan, perjanjian tidak akan ditandatangani,” katanya ketika menjawab soalan daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12, di Wisma Darul Iman, 23 Disember lalu.
Terdahulu, Ahmad menjelaskan bahawa Kementerian Kewangan ketika Mesyuarat terakhir di Kuala Terengganu pada 18 Ogos lalu yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah memperincikan bahawa pihaknya menerima RM15.847 bilion daripada Petronas sepanjang 2000 hingga Mac 2009.
Jumlah tersebut digunakan untuk perbelanjaan di negeri ini termasuk di negeri lain berjumlah RM1.686 iaitu RM914.9 juta untuk pelbagai tujuan dan RM771.3 juta bagi Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) di negeri lain.
Selain itu, sebanyak RM1.5947 bilion yang menjadi jumlah tanggungan akan ditolak Kementerian Kewangan sebelum bakinya disalurkan sebagai royalti Kerajaan Negeri.
Secara dasarnya, kementerian bersetuju mengembalikan RM1.686 bilion, namun keputusan tersebut tidak dipersetujui Kerajaan Negeri menyebabkan bayaran royalti masih lagi tertangguh sehingga kini.
Ahmad yang menimbulkan kontroversi semasa pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum ke-12, menolak tanggapan bahawa berlaku konflik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sebaliknya memberitahu tuntutan berkenaan sekadar meminta hak rakyat Terengganu.
( Sumber :Mediakini.com)
Jumlah pesakit diabetes meningkat 80 peratus sepanjang sepuluh tahun
KUALA LUMPUR - (SINAR HARIAN ) Jumlah pesakit diabetes atau kencing manis di negara ini mencatatkan peningkatan hampir 80 peratus kepada 1.4 juta penduduk dewasa berumur 30 tahun ke atas dalam tempoh 10 tahun dari 1996-2006.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, apa yang membimbangkan ialah hampir 36 peratus daripada mereka tidak didiagnosis, menyebabkan mereka mengalami komplikasi kemudiannya dan memerlukan rawatan lebih intensif yang menimbulkan bebanan kepada perkhidmatan kesihatan.
Dalam ruangan bulanan beliau dalam buletin berita Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), beliau berkata, gaya hidup merupakan faktor utama mempengaruhi peningkatan jumlah pesakit diabetes di negara ini.
Beliau berkata, perubahan gaya hidup seperti mengurangkan berat badan, pemakanan seimbang dan peningkatan aktiviti fizikal dapat membantu mengawal penyakit ini.
Dr Ismail berkata, obesiti merupakan satu lagi trend di Malaysia, ekoran Kajian Kesihatan dan Morbiditi Negara pada 2006, menunjukkan jumlah mereka yang obes mencatatkan peningkatan hampir 200 peratus bagai tempoh 10 tahun dari 1996.
“Trend ini amat membimbangkan kerana obesiti kekal menjadi punca utama kepada penyakit diabetes, khususnya di kalangan penduduk negara ini,” katanya.
Beliau berkata, kementerian baru-baru ini melancarkan garis panduan amalan klinikal bagi penyakit diabetes iaitu 'Clinical Practice Guidelines: Management of Type 2 Diabetes Mellitus & Acute' bagi penyedia penjagaan kesihatan.
Menurutnya, inisiatif Kementerian Kesihatan itu bertujuan meningkatkan pengurusan dan kawalan diabetes di kalangan pesakit termasuk memperkenalkan ujian glukos dalam darah (HbA1c) dan kad diabetes bagi pemantauan berterusan.
Inisiatif untuk pemeriksaan komplikasi diabetes termasuk menyediakan kit pemeriksaan albumin di hospital dan pusat kesihatan. - Bernama
Khabar Angin SMS, Jangan Percaya - Polis
"Ini menjadi satu trend, percaya kepada SMS yang dihantar. Berita-berita ini bukannya fakta, yang sepatutnya dikeluarkan oleh pihak polis.
"Tolong gunakan pusat kawalan negara, pusat kawalan negeri dan pusat kawalan daerah untuk mengesah dan mendapat maklumat.
"Saya ingin ingatkan semua pihak agar jangan dengar berita-berita yang tidak sah, cakap mulut, cakap-cakap melalui telefon.
Kita perlu lebih matang dalam menangani keadaan di dalam negara," katanya kepada pemberita Isnin.
Ismail memberi penerangan kepada wakil kedutaan asing mengenai kejadian pembakaran gereja di negara ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam tempoh beberapa hari ini.
Ditanya sama ada tangkapan sudah dibuat terhadap pihak yang terbabit, beliau berkata tangkapan belum dibuat dan polis sedang menyiasat dengan teliti kes berkenaan.
"Kami terima banyak maklumat. Semua maklumat perlu diikuti dengan proses siasatan, pengesahaan dan sebagainya," katanya.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata beliau telah memaklumkan kepada 96 kedutaan asing di negara ini bahawa keadaan berikutan kes pembakaran gereja adalah terkawal.
"Mereka (perwakilan asing) ingin tahu tentang tindakan dan jaminan keselamatan yang telah diambil.
"Mereka juga mahukan gambaran yang jelas tentang keadaan yang berlaku supaya mereka boleh membuat laporan yang jelas kepada negara masing-masing," kata Mahmood.
Peruntukan RM 10 Juta Untuk Pertanian Di Terengganu Tahun Ini
Pengarah Pertanian negeri Md Yusof Maidin berkata peruntukan yang diterima daripada kerajaan pusat itu, antara lain akan disalurkan untuk program pemulihan dan penamaman beberapa jenis buah-buahan dan tanaman termasuk kelapa dan durian.
"Projek pertama yang akan dilaksanakan tahun ini ialah penamanan semula dan pemulihan kawasan penanaman kelapa seluas 460 hektar di Marang, Kemaman dan Setiu.
"Ia akan diikuti dengan projek pemulihan tanaman durian melibatkan kawasan seluas 36 hektar di Besut, Setiu dan Marang untuk menggantikan klon-klon lama dengan klon-klon baru," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Selain itu, Md Yusof berkata di bawah program pembangunan industri buah-buahan, tumpuan diberi kepada lima jenis tanaman iaitu nanas, limau, pisang, betik dan rambutan dalam usaha untuk mengelakkan kebergantungan buah-buahan dari luar.
Beliau berkata seluas 156 hektar kawasan terbiar di negeri ini juga akan ditanam dengan tanaman padi, jagung, pisang dan tembikai untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat di negeri ini selain mengukuhkan lagi ekonomi negeri.
-- BERNAMA
Perkhidmatan Awam Perlu Bersikap Berkecuali Dalam Politik, Kata Zaid
05 AUGUST 2008
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata perkhidmatan awam perlu mengamalkan sikap berkecuali dan tidak memihak dalam politik dan menjalankan tugas mereka sebaik mungkin tanpa mengira parti mana yang memerintah.
Beliau berkata perkhidmatan awam juga tidak sepatutnya berperanan sebagai ahli politik dalam menjalankan kerja mereka.
"Ahli politik dan perkhidmatan awam amat berbeza.
Persamaan yang ada pada kedua-duanya ialah sama-sama berkhidmat kepada orang ramai. Untuk mempunyai hubungan yang baik dengan orang ramai, jangan berperanan sebagai ahli politik.
"Penting bagi kakitangan perkhidmatan awam mengenal pasti kekuatan mereka dan juga memahami dasar-dasar kerajaan," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk "Kakitangan Awam Rakan Ahli Politik" pada Persidangan Perkhidmatan Awam ke-13 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.
Beliau berkata perubahan dan cabaran dalam senario politik negara memang tidak dapat dielakkan.
"Bagi kakitangan awam, mereka tertakluk melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Perlu lakukan yang terbaik untuk negara dan jangan menghakiminya," katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbar kemudiannya, beliau menyarankan kerajaan mengkaji semula perjanjian dalam Surat Aku Janji kakitangan awam bagi melicinkan lagi kerjasama antara mereka dengan kerajaan.
"Perlu perbaharui banyak aspek dalam perjanjian itu dan juga memastikan hubungan anggota perkhidmatan awam dan ahli politik itu licin dan tiada masalah baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri," katanya yang menyifatkan Surat Aku Janji sedia ada lebih bersifat peribadi dan tidak menyeluruh.
Kerajaan memperkenalkan Surat Aku Janji bagi menimbulkan kesedaran di kalangan pegawai awam tentang tanggungjawab mereka melaksanakan tugas dengan jujur, setia, bertanggungjawab dan profesional.
Zaid berkata perkataan "Saya yang menurut perintah" di bahagian bawah setiap surat rasmi kerajaan juga memberikan kesan negatif kerana perintah itu menunjukkan pegawai kerajaan hanya mengikut sahaja apa yang disuruh.
"Maklumlah arahan perintah itu ada yang baik dan ada yang tak baik. Jadi kita perlu fikirkan apa yang paling sesuai dengan pegawai kerajaan," katanya.
Sementara itu, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dalam kertas kerja bertajuk "Nilai Sejagat Dalam Perkhidmatan Awam" berkata setiap rakyat negara ini serta kakitangan perkhidmatan awam perlu mengaplikasikan empat nilai asas kehidupan untuk dijadikan panduan asas dalam pelaksanaan tugas harian mereka.
Empat nilai itu ialah kata-kata yang benar atau sadik, amanah, telus dan adil bagi memperkukuhkan integriti seseorang individu itu, katanya.
-- BERNAMA
Pihak Hantar SMS Ugutan Boleh Dipenjara, Kata Rais
Beliau berkata tindakan itu perlu dilaksanakan demi keselamatan dan ketenteraman masyarakat.
"Jangan ambil peluang untuk mengeruhkan keadaan. Sekiranya sebelum ini ada pihak yang mengatakan jangan gunakan undang-undang komunikasi untuk menyekat kebebasan, dalam situasi ini pandangan itu tidak relevan lagi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Permata Seni Koir dan Permata Seni Muzik di sini pada hari Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan insiden membaling bom petrol di tiga buah gereja dengan menyebarkan SMS palsu bagi menakut-nakutkan orang ramai.
Rais berkata beliau juga tidak mahu negara luar melihat Malaysia seolah-olah sebagai negara yang dilihat boleh bertolak ansur dalam hal-hal sedemikian.
"Sebelum berkembang menjadi bahaya, daripada sudut komunikasi, harus ada tindakan pencegahan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan alat-alat komunikasi untuk tujuan jahat," katanya.
Rais berkata pihak kementerian akan membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memantau mesej-mesej yang berunsur hasutan itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Monday, 11 January 2010
KOMEN E-BOOK
Ada beberapa fakta dalam laporan berita itu yang menarik perhatian saya:
1. Datuk Alimuddin berkata, projek itu satu perkembangan baik untuk kemajuan pendidikan yang bakal melonjakkan lagi pencapaian Terengganu dalam bidang pendidikan. Maknanya, dengan penggunaan e-Buku, pencapaian pendidikan di Terengganu akan melonjak.
2. Bagaimanapun beliau difahamkan ia agak mahal. Jadi, Kementerian Pelajaran akan melihat dahulu bagus atau tidaknya penggunaan e-Buku ini. Jika bagus, kata Datuk Alimuddin, kementerian akan mempertimbangkan penggunaannya untuk masa depan.
3. Datuk Alimuddin juga berkata, keberkesanan projek itu hanya dapat dilihat dalam tempoh dua tiga bulan sebaik ia mula digunakan oleh murid darjah lima di Terengganu Mei ini. Maknanya, dalam tempoh dua tiga bulan saja sudah dapat dilihat lonjakan hasil penggunaan projek itu.
4. Kementerian juga, kata Datuk Alimuddin, turut melihat projek e-Buku sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid-murid.
5. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, pula berkata kilang pemasangan komputer riba itu yang bernilai RM8.5 juta di kawasan Perindustrian Gong Badak dekat sini dijangka siap Mac ini. Bagaimanapun laporan itu tidak menyebutkan kilang itu milik dan diusahakan oleh siapa.
6. Beliau juga berkata, seramai 23,000 hingga 25,000 murid tahun lima akan mula menerima komputer mulai Mei secara berperingkat-peringkat sebelum diperluaskan kepada murid darjah enam, empat, tiga, dua dan satu. Pelajar sekolah menengah di negeri itu diberitahu akan menerimanya pada fasa kedua.
7. Datuk Ahmad juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta setahun bagi projek itu. "Setiap komputer yang dibekalkan berharga kira-kira RM1,300 dan kita akan pastikan setiap murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menerima e-Buku sebelum mengedarkannya ke negeri lain," katanya. Datuk Ahmad berkata beberapa buah negeri telah menunjukkan minat untuk melaksanakan e-Buku dan membeli komputer dari Terengganu.
Saya percaya ramai ibu bapa tidak menentang penggunaan e-buku, komputer peribadi (PC) ataupun komputer riba di sekolah sama ada untuk tujuan pengurusan mahupun pengajaran dan pembelajaran. Malah kita mengalu-alukan penubuhan makmal komputer di sekolah untuk mengajar anak-anak kita menggunakan alat dan teknologi berkenaan. Ia sesuai dengan kata-kata Saidina Umar supaya kita mengajar anak-anak kita sesuai dengan zaman mereka.
Bagaimanapun, apabila komputer riba hendak diberikan kepada setiap pelajar bagi menggantikan buku sekolah, saya ada sedikit 'reservation'. Ada beberapa persoalan yang bermain dalam fikiran saya:
1. Benarkah penggunaan komputer riba atau dalam konteks lebih luas, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), boleh membantu melonjakkan pencapaian pelajar? Maknanya, pelajar yang tidak pernah mendapat Gred A sebelum ini, tetapi dengan penggunaan ICT, boleh mendapat Gred A bagi semua subjek atau jika tidak pun, banyaklah subjek yang mendapat Gred A. Adakah begitu?
Seorang bekas pegawai tinggi di Kementerian Pelajaran pernah berkata kepada saya bahawa penggunaan ICT memang terbukti berjaya meningkatkan kecekapan pengurusan seperti dalam pembayaran gaji kerana kerja yang selama ini dibuat oleh lima enam orang, dengan kemudahan ICT, boleh dikendalikan oleh seorang saja. Tetapi, katanya, belum ada kajian menunjukkan penggunaan ICT boleh meningkatkan atau melonjakkan pencapaian akademik pelajar. Maknanya, belum ada testimoni menunjukkan dengan penggunaan komputer atau ICT, pelajar tercorot melonjak pencapaiannya!
2. Komputer riba itu dilaporkan berharga kira-kira RM1,300 sebuah. Dengan peruntukan RM30 juta setahun, bermakna seramai 23,077 pelajar di Terengganu akan menerima komputer riba setiap tahun. Terengganu mungkin tidak menghadapi masalah menyediakan peruntukan itu kerana ada banyak duit, terutama royalti minyak. Tetapi bagaimana negeri lain yang dikatakan berminat untuk mengikut jejak Terengganu itu? Jika Kementerian Pelajaran hendak meniru projek itu, kita perlu ingat ketika ini kita ada kira-kira lima juta pelajar di seluruh negara. Maknanya, kita memerlukan RM8.5 bilion untuk tujuan itu saja. Atau kita mulakan dengan murid tahun satu saja. Jika setiap tahun 420,000 murid masuk tahun satu (ambil statistik tahun ini), kementerian perlukan RM546 juta setahun itu. (Tahun ini kementerian itu dilaporkan membelanjakan RM180 juta untuk Skim Pinjaman Buku Teks).
3. Jika komputer riba yang diberikan kepada pelajar itu rosak, siapa akan menanggung kos penyengaraannya? Kerajaan negeri, Kementerian Pelajaran atau pelajar dan ibu bapa sendiri? Laporan Bernama tidak menyatakan sama ada peruntukan RM30 juta setahun yang disediakan Kerajaan Terengganu itu meliputi kos penyenggaraan. Jika kementerian laksanakan program itu, sanggupkah kementerian memikulnya? Kita ada 5 juta pelajar!
Saya ragu-ragu jika ibu bapa pelajar sendiri yang perlu menanggungnya. Mungkin ramai yang tidak kisah kerana komputer riba pun dah percuma. Cuma kita lihat, dalam keadaan sekarang, walaupun buku teks percuma diberikan kepada semua pelajar, yuran khas RM4.50 seorang (di sekolah) dan RM9.50 seorang (di sekolah) dah dimansuhkan, nak bayar yuran tambahan sebanyak RM20, RM30 atau RM50 setahun bagi satu keluarga kepada PIBG pun ada riuh rendah satu negara. Ada pengetua kata, termasuk yang buat riuh rendah tu, pegawai pendidikan sendiri! Jadi, bagaimanalah agaknya jika ibu bapa macam tu kena keluarkan duit kocek sendiri untuk penyenggaraan komputer riba itu?
4. Benarkah keberkesanan projek itu dapat dilihat dalam tempoh dua tiga bulan? Keberkesanan dari segi apa? Dari segi kemahiran pelajar menggunakan komputer riba itu sewaktu pembelajaran atau dari segi lonjakan pencapaian pelajar dalam pelajaran? Kalau yang pertama mungkin, tetapi yang kedua, saya tak pasti!
Saya dapati kita di Malaysia terkenal dengan projek perintis yang pantas ini. KBSR misalnya, dicuba setahun, kemudian tahun berikutnya, terus dilaksanakan di seluruh negara. Begitu juga apabila subjek Sains diperkenalkan semula di sekolah rendah menggantikan Alam dan Manusia, selepas setahun dibuat projek rintis di beberapa sekolah, tahun berikutnya terus dilaksanakan di seluruh negara. PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris) lagi hebat, tanpa sebarang projek perintis, terus dilaksanakan di seluruh negara.
5. Bolehkah ia menyelesaikan masalah beg berat? Rupa-rupanya isu ini masih belum selesai sejak ia hangat diperkatakan dan dilaporkan dalam media massa pada zaman Tan Sri Sulaiman Daud menjadi menteri pendidikan kali kedua. Isu yang sama juga timbul zaman Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Musa Mohamed memegang portfolio yang sama. Ya, mungkin menggantikan buku teks tetapi untuk atasi masalah beg berat, saya rasa bergantung kepada berapa berat komputer riba yang nak dipikul oleh pelajar nanti, terutama murid tahun satu!
Saya bimbang masalah beg berat tak selesai, timbul masalah lain pula. Maklumlah, alat elektronik sensitif. Silap pikul, jatuh beg atas jalan, dibuatnya tak boleh berfungsi, dah timbul masalah lain pula. Nak baiki, siapa nak tanggung kosnya? Atau boleh dapat ganti yang baru? Sekarang, jika buku teks rosak atau hilang, ibu bapa kena bayar. Jika komputer komputer riba tu rosak atau hilang, macam mana?
6. Benarkah program e-Buku ini untuk melonjakkan kecemerlangan akademik dan mengatasi masalah beg berat, atau ada agenda lain? Sekarang ini pun ada banyak makmal komputer yang dibina dan dibuka di sekolah yang tak dapat berfungsi dan dimanfaatkan sepenuhnya. Begitu juga dengan komputer peribadi dan LCD projector yang dibekalkan kepada guru, berapa ramai yang menggunakannya sewaktu pengajaran? Bagaimana pula dengan LCD projector yang dipasang dalam kelas, tak memadaikah untuk pengajaran?
Saya rasa soal lonjakan pendidikan, tidak ada kaitan dengan penggunaan buku teks atau tidak. Yang pentingnya bagaimana kita mendorong anak-anak kita tekun belajar. Adakah ibu bapa sendiri jelas tujuan mereka menghantar anak-anak ke sekolah? Dan adakah mereka juga memastikan anak-anak mereka jelas tujuan itu? Adakah sekolah dan guru-guru menjadi faktor yang berjaya menarik pelajar untuk datang ke sekolah setiap hari dan pendorong untuk pelajar tekun belajar?
PAS TEWAS JIKA POLITIKKAN ISU ALLAH
PRM juga berharap semua pihak boleh menghormati keputusan makhamah dan tidak mempolitikkan isu ini.
PRM berpendapat isu ini hanyalah satu perangkap BN bagi menutup isu dua enjin jet pejuang TUDM yang hilang dalam simpanan kerajaan dengan nilai yang melebihi RM50juta. Ia bertujuan mengaburi mata rakyat bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum nanti.
Di sini kami berharap pihak PAS tidak terburu-buru membuat tindakan atau keputusan. Saya juga nampak keputusan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kebelakangan ini tidak tenang seperti dulu.
PRM berharap semua pihak akan memberi tumpuan pada isu yang lebih besar seperti kemiskinan, ketidakadilan, kenaikan harga barangan keperluan dan isu-isu lain.
PRM juga ingin menasihatkan pada semua pihak menghormati keamanan yang dituntut oleh rakyat.
Zulkarnain Abdullah seorang ahli jawatankuasa pusat PRM, merangkap pengerusi badan perhubungan PRM Wilayah Persekutuan
PERINGATAN KPD PENGIDAP KENCING MANIS

KESIHATAN
Usah abai penjagaan diabetes
Rawatan diabetes adalah tanggungjawab sepanjang hayat, baik bagi penghidap mahupun ahli keluarga terdekat.

BUKAN sekadar orang yang gemuk cenderung menghidap diabetes. Mereka yang kurus juga berisiko mendapat penyakit kencing manis ini jika corak pemakanan dan gaya hidup sihat tidak dijaga atau diamalkan.
Paterikan dalam fikiran tentang peringatan ini - diabetes adalah penyakit yang serius.
Maka, bagi mereka yang telah didiagnosis menghidapinya, hendaklah membulatkan tekad untuk mengikuti komitmen penjagaan kesihatan sepanjang masa.
Percayalah, usaha itu berbaloi kerana bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kesihatan, malah menghindarkan masalah yang mengancam nyawa.
Berikut adalah 10 kaedah rawatan dan penjagaan yang membolehkan penghidap menikmati hari mendatang dengan lebih baik:
1. Komitmen untuk menangani diabetes
Pasukan perubatan seperti doktor, jururawat dan pakar diet boleh membantu anda dalam memahami dan menyokong rutin penjagaan diabetes. Pokok pangkalnya, diri anda perlu berjanji untuk berubah dan melaksanakan penjagaan itu demi masa depan sendiri.
Antara aspek gaya hidup yang perlu diberi tumpuan adalah soal pemakanan sihat, senaman dan berat badan.
Pada masa yang sama, pastikan paras gula dalam darah selalu diperiksa supaya paras sasaran seperti yang dinasihatkan doktor dapat dicapai.
Jangan berlengah jika memerlukan perhatian dan rawatan diabetes dari pihak klinik atau hospital.
2. Hentikan tabiat merokok
Jika anda menghisap rokok atau apa juga jenis tembakau lain, dapatkan panduan doktor untuk menghentikan tabiat tersebut.
Merokok akan meningkatkan risiko terhadap pelbagai komplikasi diabetes seperti serangan jantung, strok, kerosakan saraf dan penyakit buah pinggang.
Perokok yang menghidap diabetes adalah tiga kali ganda berhadapan dengan maut akibat penyakit kardiovaskular berbanding penghidap diabetes yang tidak merokok.
3. Kawal tekanan darah dan paras kolesterol
Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah.
Paras kolesterol yang tinggi juga perlu diberi tumpuan memandangkan kemungkinan kerosakan saluran darah itu lebih berganda bagi penghidap diabetes.
Apabila kedua-dua masalah ini bergabung, seseorang penghidap boleh diancam masalah kesihatan yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan strok.
Semua itu boleh dicapai dengan mengambil pemakanan sihat dan sering bersenam.

4. Ikuti pemeriksaan tahunan untuk mata dan fizikal
Dengan mengikuti rutin pemeriksaan diabetes, tidak bermakna pemeriksaan tahunan terhadap tubuh dan mata boleh diabaikan.
Semasa pemeriksaan kesihatan tubuh, doktor boleh mengenal pasti komplikasi yang berkaitan diabetes seperti tanda-tanda kerosakan fungsi buah pinggang, saraf atau masalah jantung.
Pemeriksaan mata pula boleh mengesan sekiranya seseorang pesakit mengalami katarak, glaukoma atau kerosakan pada retina.
5. Pastikan vaksin yang terkini
Gula dalam darah tinggi boleh melemahkan sistem imunisasi seterusnya meningkatkan kepentingan pengambilan vaksin. Dapatkan konsultasi doktor tentang vaksin flu untuk menghindar komplikasi demam selesema.
Vaksin pneumonia yang lebih daripada satu dos suntikan amat penting bagi penghidap diabetes yang ebrusia 65 tahun ke atas. Tidak ketinggalan, pastikan anda mengambil tahu tentang suntikan tetanus dan juga hepatitis B.
6. Jaga kebersihan gigi
Diabetes membuatkan penghidapnya cenderung kepada jangkitan gusi. Maka, nasihat mengenai rutin memberus gigi sekurang-kuragnya dua kali sehari itu banyak kepentingannya.
Selain itu, pastikan amalan flos dilakukan dan pastikan temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Temui doktor gigi segera jika terlihat gusi dalam keadaan berdarah, bengkak atau kemerah-merahan.
7. Beri perhatian kepada kaki
Gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan saraf di kaki lantas menjejaskan pengaliran darah ke bahagian tersebut. Jika dibiarkan kemelaratan itu tanpa dirawat, sebarang kejadian luka dan lepuhan boleh menjadi jangkitan serius.
Antara langkah penjagaan kaki adalah seperti membasuh kaki dengan air hangat setiap hari, mengeringkannya dengan baik terutama di celah-celah jari, sapukan pelembap hingga ke pergelangan kaki dengan losyen serta rawat kaki secepat mungkin jika terdapat luka, ruam, lepuhan atau bengkak.
8. Ambil aspirin harian
Aspirin mengelakkan darah anda daripada tersumbat. Dengan mengambil aspirin setiap hari. ia mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Kedua-dua penyakit ini adalah kemungkinan yang berbahaya jika seseorang itu menghidap diabetes. Maklumat lanjut tentang terapi pengambilan aspirin harian boleh ditanyakan terus kepada doktor. Tanyakan juga dos yang bersesuaian.

9. Elakkan minuman beralkohol
Bergantung kepada berapa banyak anda minum dan makan pada waktu yang sama, alkohol akan menyebabkan gula dalam darah menjadi rendah.
Bagi mereka yang memilih untuk minum, dinasihatkan agar tidak berlebihan dan jangan lupa untuk makan. Kiraan pengambilan kalori harian juga perlu dikira dalam makanan dan minuman beralkohol itu.
10. Hindari stres
Kalau anda dalam keadaan stres, pastikan rutin penjagaan diabetes anda akan terganggu. Penghasilan hormon akibat daripada stres yang berpanjangan boleh menghalang insulin daripada menjalankan fungsinya dengan baik.
Bagi menanganinya, pastikan anda meletakkan had kepada stres dan mulakan pengkhususan keutamaan dalam kerja. Kalau punya masa terluang, pelajari teknik relaksasi dan dapatkan tidur yang secukupnya.
(Daripada : Kosmo Online)
Siarkan laporan penuh bumbung runtuh
KUALA TERENGGANU 10 Jan. - Arkitek prinsipal Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Senibahri Arkitek, mencadangkan pihak berkuasa menyiarkan laporan penuh berhubung bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM280 juta runtuh di Gong Badak dekat sini pada 2 Jun tahun lalu.
Pemiliknya, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, selagi laporan penuh tidak dikemukakan, selagi itulah rakyat akan tertanya-tanya tentang pihak manakah yang bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan.
''Laporan yang disiarkan akhbar baru-baru ini tidak sepenuhnya dan selagi tidak didedahkan kepada umum, selama itulah aspek integriti dipersoalkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Raja Kamarul Bahrin Shah mengulas laporan akhbar Jumaat lalu yang menyebut Kementerian Kerja Raya mengenal pasti tiga punca utama yang menyebabkan berlakunya kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Tiga punca itu ialah reka bentuk bahagian bumbung yang tidak mengikut spesifikasi bangunan, kualiti bahan-bahan binaan yang digunakan serta pengawasan yang lemah ketika stadium itu dibina.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, laporan punca kejadian bumbung runtuh itu telah disediakan oleh 10 penyiasat bebas daripada agensi kerajaan dan badan profesional yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR).
Mengulas lanjut Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, disebabkan pengumuman kurang lengkap mengenainya, ia menimbulkan lebih banyak tanda tanya daripada menjawab isu tersebut.
Katanya, walaupun menjadi perunding arkitek dan jurutera projek, namun mereka tidak diberikan tanggungjawab di dalam kerja-kerja pengawasan dan pemantauan sepanjang proses pembinaan.
''Kami juga tidak dilantik sebagai pegawai penguasa untuk projek tersebut. Kami ingin membuat kenyataan ini demi memenuhi tanggungjawab kami dan memelihara integriti kami sebagai profesional dalam isu pengawasan pembinaan bumbung tersebut," katanya.
Raja Kamarul Bahrin Shah menambah, pihaknya telah melapor dan menjelaskan peranannya kepada pihak Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Jun tahun lalu.
Katanya, dengan adanya penjelasan tersebut ia diharap dapat mengelak salah anggapan dan salah faham tentang peranan arkitek yang terbatas di dalam pembinaan projek tersebut.
Katanya, pihaknya menunggu lapan bulan laporan dan hasil siasatan yang disediakan oleh 10 penyiasat bebas daripada agensi kerajaan dan badan profesional yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR), namun laporan yang disiarkan tidak menyeluruh.
"Laporan tersebut tidak menunjukkan siapa atau pihak mana yang perlu bertanggungjawab terhadap runtuhan tersebut secara menyeluruh sehingga menyebabkan kami yang tidak sepatutnya terlibat perlu menerima tohmahan dan andaian 'nakal' banyak pihak," katanya.
(Daripada : Utusan Malaysia Online)
Sunday, 10 January 2010
Penghidap saraf terima mesin jahit
sumber :http://www.sinarharian.com.my![]() Lelaki berkenaan, Hassan Abd Rahman, 47, mengalami masalah kelopak mata tertutup sepanjang masa sejak dua tahun lalu menyebabkan dia mengalami masalah penglihatan dan sukar bekerja. Menyedari kesulitan menimpa Hassan untuk menyara keluarga, mendorong Maidam tampil menghulurkan bantuan berupa mesin jahit di bawah program Bantuan Modal Berdikari kepada isteri Hassan, Zaleha Latiff, 38. Sumbangan itu dihantar ke rumah Hassan dan disampaikan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin yang juga Ahli Parlimen Besut. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Wan Sulaiman dan wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih. Dr Abdullah berkata, bantuan itu sebagai tanda keprihatinan Maidam dan kerajaan terhadap nasib rakyat yang dalam kesusahan seiring slogan Perdana Menteri iaitu rakyat dida�hulukan, prestasi diutamakan’. “Saya berharap dengan mesin jahit ini, isteri Hassan dapat membantu suami mencari nafkah dengan mengambil upah menjahit pakaian berikutan dia mempunyai kemahiran menjahit,” katanya. Hassan tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana sukar melihat akibat kelopak mata sentiasa tertutup sehingga menyebabkan dia terpaksa menjual motosikal dan beberapa peralatan lain demi menyara keluarga termasuk enam anak, berumur 2 hingga 15 tahun. “Jika mahu melihat dengan jelas, saya terpaksa angkat kelopak mata sekejap dan kalau lepas jari, kelopak mata akan jatuh semula. Doktor kata saya mengalami masalah saraf,” katanya. Pada majlis sama, Maidam turut menyumbangkan beras kepada 10 keluarga dari kampung yang sama. |
PENIAGA MINUMAN DI TERENGGANU DIKESAN MULA NAIKAN HARGA MINUMAN
| http://www.bernama.com/eniga Minuman Di Terengganu Dikesan Mula Naikkan Harga | |
Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan.
"Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun.
Harga gula naik 20 sen sekilogram bermula 1 Jan lalu.
Abdul Ghani berkata operasi pada Ahad melibatkan 30 pegawai penguatkuasa dibuat di beberapa lokasi terpilih sekitar kawasan bandar dan akan diteruskan ke seluruh negeri.
Beliau meminta pengguna membuat aduan segera ke pejabat KPDKK jika mendapati peniaga menaikkan harga minuman.
-- BERNAMA
Tindakan tegas menanti pihak sengaja cetus kekecohan
Dipetik :http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story6345308.asp![]() Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dalam keadaan sekarang, pihaknya tidak akan berkompromi dari aspek keselamatan rakyat dan negara kerana isu itu terlalu sensitif. Sehubungan itu, beliau meminta semua rakyat negeri ini bersikap tenang dan tidak terlalu emosional menghadapi isu berkenaan bagi mengelak berlaku kejadian lebih buruk. “Saya percaya, isu ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat dan dalam tempoh itu, kami harap tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mensensasikan isu yang menarik perhatian umum ini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelantikan Pangkat Kehormat dan Pelancaran Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor Suksis) di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Gong Badak, di sini, semalam. Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata, meskipun beberapa perhimpunan dan demonstrasi bagi membantah penggunaan kalimah Allah turut diadakan namun keadaan keselamatan di negeri ini masih terjamin. “Setakat ini, kami mendapat kerjasama semua parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu adakan perhimpunan, mereka bertemu polis dan kami beri nasihat bagaimana tindakan kemas dibuat bagi memastikan Terengganu selamat. “Apa juga langkah ataupun tindakan, sama ada berbentuk bantahan ataupun demonstrasi, saya harap kita dapatkan dahulukan pandangan polis dan ikut undang-undang,” katanya. Bagaimanapun, Mohd Shukri berkata, pihaknya tetap meningkatkan rondaan di kawasan rumah ibadat bagi membendung kejadian buruk berlaku di sini, seiring arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. “Setakat ini, tiada kejadian tidak diingini berlaku di Terengganu,” katanya. |
JPV Terengganu Cadang Bangun Industri Burung Walit Mampu Milik
10 Januari, 2010 15:53 PM
KUALA TERENGGANU, 10 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu akan membangunkan industri burung walit mampu milik terutamanya di kalangan orang Melayu sebagai satu alternatif baru menambah pendapatan.
Pengarah JPV Negeri Dr Azizol Mohd Sharun berkata ini kerana penglibatan orang Melayu dalam bidang berkenaan di negeri ini, setakat ini masih rendah berbanding kaum lain.
"Peratusan orang Melayu yang terlibat dalam industri burung walit di Terengganu setakat ini hanya sekitar 21 peratus sahaja, berbanding bangsa lain.
"Sebab itu, kalau boleh kita hendak seramai mungkin orang Melayu di negeri ini terlibat dalam industri untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Ahad.
Dr Azizol berkata dalam mambangunkan industri burung walit ini, pihaknya tidak akan melupakan golongan miskin supaya turut sama terlibat dalam projek-projek yang akan dijalankan nanti.
Beliau berkata pihak jabatan sedang menimbang kemungkinan menyediakan prasarana termasuk rumah burung-burung berkenaan yang dianggarkan bernilai antara RM15,000 hingga RM100,000 sebuah, dan ia dijangka mampu memberi pendapatan antara RM400 dan RM500 sebulan sekurang-kurangnya pada peringkat awal.
"Kita masih mengkaji sama ada akan menjalankan projek ini secara berkelompok atau individu. Butir-butir mengenai projek ini masih di peringkat awal perbincangan," katanya.
Dr Azizol berkata beberapa projek burung walit tradisional yang dibangunkan di negeri ini akan dijadikan contoh untuk projek burung walit mampu milik itu.
Beliau berkata JPV akan memohon bantuan daripada kerajaan negeri sekurang-kurangnya RM300,000 untuk membangunkan industri burung walit di Terengganu tahun ini.
Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan industri burung walit untuk menambahkan pendapatan ekonomi negara dan individu terlibat, katanya.
-- BERNAMA
Thursday, 7 January 2010
Gerakan Terancang Memecah belahkan Melayu dan Islam
Secara sedar atau tidak sedar telah wujud satu gerakan terancang untuk memecahbelahkan Melayu dan Islam negara ini dan mengambil-alih kuasa dominasi Melayu di dalam pemerintahan negara. Mungkin ada Melayu yang sedar tentang gerakan ini tetapi dek kesibukan dan keutamaan bergocoh sesama sendiri mereka alpa bahawa kuasa mereka sedang reput.
Gerakan ini bergerak di empat buah negeri yang dikuasai pembangkang. Mereka sedikit demi sedikit membangkitkan isu-isu yang memihak kepada bukan Melayu. Isu-isu yang sensitif dan kelazimannya diperbincangkan secara dalaman dahulu telah didebatkan dan digahkan di dalam media kawalan mereka sehingga Melayu dan Islam kelihatan bodoh dan kolot. Isu-isu dan desakan yang dibangkitkan seperti yang kita tahu adalah :
1. Mempertikai ketuanan Melayu dan kontrak sosial.
2. Melakarkan wajah buruk Dasar Ekonomi Baru.
3. Menghangatkan dan membela tahanan Hindraf.
4. Mempersenda dan memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan melalui isu Penkid dan Yoga.
5. Mendesak untuk dibangunkan kandang babi yang terancang.
6. Mempertikai mahkamah syariah melalui kes-kes murtad.
7. Menguji masyarakat Islam melalui isu azan.
8. Meracun NGO-NGO haprak Melayu seperti Sister In Islam dengan mengunakan pendekatan hujah-hujah berdasarkan logik akal.
9. Usaha untuk menjadikan hukum Islam “irrelevant” melalui penekanan perjuangan hak-hak asasi manusia.
10. Sengaja mengubah bahasa-bahasa papan tanda untuk mencabar Bahasa Melayu.
11. Mengagung-agungkan kemenangan Barack Obama dengan meniup semangat gelombang perubahan di Amerika ke negara ini melalui media-media kawalan mereka.
Walaupun pada dasarnya keempat-empat negeri ini diperintah oleh MB Melayu kecuali Pulau Pinang tetapi tututan tersebut langsung tidak memihak kepada Melayu dan Islam. Kepimpinan pembangkang yang baru memerintah pastinya ingin menawan hati mereka dan secara tidak langsung terpaksa memenuhi tututan-tuntutan ini. Padahal mereka hanya memperalatkan pemimpin-pemimpin ini sahaja untuk kepentingan jangka panjang mereka.
Apabila mereka berjaya mendapat tuntutan-tuntutan ini mereka dikira berjaya menjadi pendesak yang kuat dan menjadi hero kepada bangsa mereka Cina dan India. Ini kerana selama ini tututan-tuntutan sebegini amat sukar dan mustahil untuk mendapat layanan di bawah pemerintahan BN. Kejayaan tuntutan ini akan tempias ke negeri-negeri lain juga.
Penyokong-penyokong parti-parti tradisi (MCA, MIC, Gerakan) dalam BN akan terhakis keyakinan kepada pemimpin parti mereka dan penyokong-penyokong ini akan bercantum dan beralih arah menyokong mana-mana parti liberal yang telah berjaya memperjuangkan isu-isu tadi. Begitu juga sokongan kepada PAS dan PKR hanyalah untuk jangka pendek sahaja.
Secara terhormat Melayu akan hilang kuasa kerana berpecah sesama sendiri. Melayu UMNO bergaduh sesama dalam UMNO, Melayu UMNO juga bergaduh dengan Melayu PAS dan PKR. Melayu PKR pula bergaduh dengan Melayu PAS. Melayu akan kelihatan tidak layak dan gagal memimpin negara ini. Mereka akan mengambil alih ketuanan Melayu akibatnya BN, UMNO, PAS dan PKR akan terkubur dengan sendirinya kerana berpuak-puak.
Sejauh mana kejayaan golongan ini bergantung kepada kekuatan dan penyatuan semua Melayu termasuk Melayu atas pagar yang sedang melihat dan menunggu. Melayu atas pagar ini terdiri dari kalangan professional, generasi baru dan mereka yang bergerak sendirian merupakan kuasa penentu kelak. Mereka ini kerap dipinggirkan.
Posted by MUMMY ROKIAH at 4:10 AM 13 comments
S
Kerana SMS 10 ADUN lari lintang pukang 10 Adun BN Terengganu Tidak Hadir Sidang DUN
Wednesday, April 15, 2009
KUALA TERENGGANU, 14 April (Bernama) -- Sepuluh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini tidak menghadiri hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri, disini.
Mereka ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Tindakan kesemua Adun BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.
KOMEN:
Dunia dan rakyat Malaysia khasnya terkejut dan cemas apabila membaca berita bahawa keselamatan 10 Wakil Rakyat Barisan Nasional Terengganu terancam kerana ugutan SMS nyawa mereka akan melayang.
Mereka menjadi panik dan cemas sehingga takut untuk hazir ke sidang DUN dan semalam TV3 melapurkan mereka semua berkumpul dan berehat dibilik hotel.
Inilah kualiti wakil yang mewakili rakyat kita. Mereka mudah dipecah-belahkan dengan satu SMS sahaja di mana kesahihannya boleh dipertikaikan. Ini baru SMS, apa pula akan terjadi apabila mereka digempar dan dimomok-momokan dengan cerita-cerita hantu, tahyul dan jembalang?
Pastinya mereka pun akan lari lintang-pukang, riuh-rendah, panik, berlanggaran sesama sendiri malah tidak mustahil ada yang akan terjun ke dalam perigi buta sambil menggigil-gigil ketakutan macam cerita Panglima Bujang Lapuk arahan Tan Seri P.Ramlee–Cubaan...Cubaaan...Cubaan...
Maka hari ini terpancarlah dengan jelas kebodohan wakil-wakil rakyat yang kita pilih mewakili kita. Mereka tidak bijak menilai yang mana tulin dengan yang mana palsu. Sebab itu mereka mudah melatah apabila Anwar Ibrahim melancarkan serangan ”Gempaq Kelin” untuk menawan Putrajaya pada 16 Sept 2008.
Rakyat menaruh harapan agar DSN meneliti semula kelayakan wakil-wakil rakyat BN yang ada hari ini.
Posted by MUMMY ROKIAH at 10:48 AM 36 comments
Post a Comment On: ~MUMMY ROKIAH
"Kerana SMS 10 ADUN lari lintang pukang"
36 Comments - Show Original Post
Collapse comments
Melayu Sejati said...
KIH KIH KIH...LINTANG PUKANG? INGATKAN LARI BALIK RUMAH MASING2.
TAPI LARI BERHIMPUN DALAM HOTEL...? LEPAS TU BUAT CONFRENCE PULAK.
KIH KIH KIH...PUKIMAK PUNYA SETAN...?
April 15, 2009 11:12 AM
zainalabidinahmad said...
Sedihnya saya setuju dengan komen Mummy kali ini.
sila baca umnobukitjelutong.blogspot.com
April 15, 2009 11:17 AM
Pak Oncu said...
Mummy,,,,, begitu lah sikap dan perangai wakil rakyat BN mahu PR,,,, pengundi mereka ibarat batu loncatan untuk mereka mencapai matlamat menjadi wakil rakyat,, selepas itu pengundi di pelekeh kan seperti SAMPAH,,,,pegundi di BANGGANG BANGGANG kan,,,,, ini lah budaya org org POLITIK yg tidak ADA ETIKA dalam diri,,,
April 15, 2009 11:28 AM
PUTERA SULONG said...
Mummy,
Sama-sama kita tunggu kejatuhan negeri Teranganu kpd PAS selepas ini.
Selamat datang PAS.
April 15, 2009 11:50 AM
bagak... said...
Sadist betul lah ..hua...hua...hua
Orang macamni-kah mewakili Rakyat..
April 15, 2009 11:58 AM
Anonymous said...
UMNO dgn UMNO pun bergaduh sakan.UMNO dah tak kenal malu pd rakyat yg sedang melihat telatah beruk2 UMNO terenggani yg lari lintang pukang.Bg PR memang dah lali dgn ugutan bunuh membunuh ni.Kali ini UMNO pulak kena batang hidung sendiri.LU PIKIR LA SENDIRI.......
April 15, 2009 12:18 PM
Masmin said...
Mreka, para YB tu tertiru telatah kelakar Anwar Ibrahim yg lari ke kedutaan asing satu dua malam kerana kes yang lebih kurang. Cuma para YB ni berani sikit kerana di hotel je.
April 15, 2009 1:28 PM
Anonymous said...
SMS tu untuk gempaq wayang aje...
Depa tu cuma nak kata, yang mereka boleh ada 10 orang yang boleh buat macam PAS...
" MOHON SEMBAH DERHAKA "
Tuanku...kami tak boleh terima MB pilihan Tuanku...kami nak Deris natang...
Kami Mohon Sembah Derhaka tapi cara sinis Tuanku...
April 15, 2009 1:40 PM
Anonymous said...
wakil rakyat tahi kucing kalau dengan sms pun dah kecut, kalau dengar bunyi senapang alamak terkencing terberak le dalam seluar
April 15, 2009 1:51 PM
My Reality and Fantasy Journey said...
pemimpin yang tidak berkualiti sebegini lah yang menyebabkan perpecahan sesama kita, mereka langsung tidak mempunyai semangat, penakut dan bacul, hanya pandai bercakap, tapi habuk pun tarak, poodah!
Unite us! unite Us!
www.armyofhope.blogspot.com
April 15, 2009 2:09 PM
Uthma-Neo said...
Setuju...
Inilah akibatnya bila si bodoh dan si tolol dipilih sebagai wakil rakyat. Geng2 bodoh+tolol ini juga yang bawa kain rentang "KAMI NAK IDRIS NATANG" pada satu masa dulu...
April 15, 2009 2:35 PM
Setuju dgn mummy said...
Saya setuju dgn mummy, kesasihan sms belum dipastikan lagi tapi melatah yang lebih sampai balik pi tidok kat hotel pulak tuh. Haihh kalo yer lah pon nk curik tulang atau ada faktor lain, ingt2lah sikit pasal rakyat yg telah memilih mereka dalam pilihan raya lepas. Wat malu jer BN/Umno nih weii ... apakah selama ini negara kita melahirkan penakut sbg pemimpin?
Akan datang mungkin keluar berita mengatakan 10 adun trgnu ponteng sidang sebab terserempak hantu bertelekong di tgh jalan walhal orang perempuan nk g surau utk solat jemaah.
April 15, 2009 4:29 PM
Anonymous said...
cakap macam setan..
tp perangai macam tikus..
mulut macam buaya..
perut macam dugong..
yang ugut dan yang lari sama bengong..
penakut, pengecut, pencacai, pengkhianat, penjahat..bla
April 15, 2009 4:43 PM
Anonymous said...
habak kat YB2 tu hampa yg Natang
April 15, 2009 5:20 PM
Anonymous said...
Ntah apa-apa visual YB semalam dalam Buletin TV3. Terima SMS macam tu lari bersembunyi dalam bilik hotel berkumpul dengan hp masing-masing dok tayang kat TV siap buat pc lagi.
Tak hadir sidang ADUN takut nyawa terancam konon.... Sepuluh orang pulak tu ... ADUN apa macam ni?
April 15, 2009 5:33 PM
Anonymous said...
Haprak punya wakil rakyat dan bodoh serupa kerbau.No kualiti punya wakil rakyat.
April 15, 2009 11:19 PM
DukeOfUMNO said...
Mummy...
Saya sedih dgn apa yg berlaku kat T'ganu...UMNO sedang "sakit"...dan baru je kita di"suntik" dgn "ubat" yang bernama Najib dan "ubat" yang telah kembali ke pangkuan UMNO..iaitu Tun M...
Sepatutnya depa ni jgn la buat perangai lagu tu...buat malu UMNO/BN jaaa...kalau ada konfrontasi pun, selesaikan la dgn cara baik...selesaikan secara tertutup dan bijaksana...kalau dah lagu ni...haru biru namanya...
Err...tima kasih sebab dan confirmkan kehadiran Mummy utk pertemuan blogger2 utara kat Cinta Sayang, SP..pada 2hb. May ni...saya masukkan nama nama Mummy dalam list kehadiran, tanda mummy dah confirm...
kepada sesiapa yg sudi join, silakan...tapi sila berikan "confirmation" tuan2/puan2 di blog saya atau bloggersutaraunion@yahoo.com...
bukan apa...kami kena buat list pasai nak kena tahu berapa dan sapa yg nak mai...sebab kami kena sediakan tempat...takut tak muat pulakkk..takut gak kena sabotaj...hehehhe...so, sapa yg nak hadir, sila berikan confirmation secepat mungkiin sebelum 1hb May ni...
thanks Mummy...mintak tolong Mummy promote sikit pertemuan kita ni...kita kurang publisiti...hehehheh...TQ Mummy...
April 16, 2009 2:37 AM
abuarif said...
Mummy,inilah nilai YB yg ada sekarang di lantik zaman PAKLAH jadi PM, Punca semua ini adalah dari PAKLAH...Ketua gerombolan yg buat hal d terengganu ni balaci PAKLAH dan KJ dulu rasa semua dah tahu...ID...JS...baru menang MT dah besag KEPALA,,,menang Mt pon group package yg RASUAH dan Tabor duit sama dgn mamak azeez rahim baling....SPRM jgn diam siasat depa ni,nanti habis rahsia meeting MT dijual pada musoh umno dan melayu...sekali khianat dia tetap akan lakukan bila2 masa dan menanti peluang saja...contoh apa yg berlaku sekarang ini d terangganu...inilah doktrin paklah pada orang2nya...DSNAJIB...jgn biarkan apa berlaku ini iktibar munkin bencana yg lebih besar akan berlaku jika di biarkan.....MESAGE IDRIS dan 10 orang geng nak sampai pada MB dan TUANKU dan DS NAJIB yg mereka ni power d terengganu.......salam
April 16, 2009 9:06 AM
Songkok Tinggi said...
Mung wak gape lari litang pukang tu? baru tubik SMS doh kecut peruk doh! BODO mung! kata mung jenih gedebe! tu dok lagi rakyat wok tubik "nhapa jepung"! mu gi hotel tu wak gape? ade bende ke kat nuh?
To : Derih
Demo nih wak malu orhe Besut jah... kalu orhe Besut nih, satu Panta Timur tahu keGedebeLan nyo... tapi Demo nih jenih puok mano berehi lari baru jah SMS nih?
April 16, 2009 10:49 AM
Anonymous said...
Bunyi macam kes bekas wakil rakyat bukit selambau tu kan.. lari sampai ke India sbb takut dok dapat sms ugutan..hahah.. yg tu lagi kes teruk.. sampai blk india.. kot2 di india org tak leh cari dia sbb semua kulit sama..hahahaahah...
April 16, 2009 2:43 PM
Nik Amir. said...
Reformasi dan Transformasi Ala Terengganu.Ini kah hasil yang dibawa balik dari Perhimpunan Agung UMNO yang masih panas lagi.Atau ini kah contoh-contoh manusia yang saya gelar 'Si Bebal Yang Tak Sabar'
Rasa-rasanya apa yang berlaku di Terengganu ini, memberi gambaran UMNO akan kecundang lagi pada PRU 13 . Mereka ini memang tak beriman. Nafsu mengatasi kepentingan Bangsa dan Agama.
Saya yakin mereka semua yang tidak hadir itu bukan pengecut.Ini ada udang di sebalik Batu 'Batu Buruk'. YB lelaki yang takut pada ugutan SMS ni memang tidak ada batu.Takkan kerana ugutan sms pun dah lari lintang-pukang, macam mana nak berdepan dengan musuh bangsanya.Tidak ada jatidiri langsung!. jadilah dayus dan bacul.
Saya tidak mahu bersikap keterlaluan dalam hal ini, Tetapi merasa bosan dengan tingkah-laku para pembesar-pembesar sebegini. Logiknya kalau seorang sahaja menerima SMS ugutan memang patut orang berkenaan takut dan risau serta tension. Ini 10 orang? Dan mereka pula adalah para ‘intelek’ minda kelas pertama. Ini lah juga contoh yang arwah Dato’ Mufti Shuib sebutkan tentang mentaliti pemimpin sekarang berbanding dengan pemimpin semasa memperjuangkan kemedekaan.
Inilah kalau dah gila dunia , pangkat dan pengaruh. Saya bukanlah ahli firasat, tetapi hati saya dah mula berat merasakan bahawa peristiwa besar keruntuhan UMNO akan melanda.
Saya mengajak para pembaca suluh (jangan lihat sahaja), keadaan kehidupan manusia yang bergelar pemimpin bagaikan sudah tidak sedarkan diri lagi lakunya. Mereka menzalim dan menganas seperti merekalah jaguh dalam UMNO. Mereka rasa bagaikan dalam UMNO ini sudah tidak ada yang jaguh melainkan mereka. Itulah sebabnya kelakuan ‘keganasan’ dan ‘kezaliman’ serta ‘penindasan yang berlaku bagaikan sudah tidak dapat dikawal lagi dalam parti sendiri.
Dalam perspektif politik, rakyat melihat system politik UMNO telah mencipta manusia, menjadi orang yang gila kuasa, gila harta , rakus dan seumpamanya. Lantas tidak teragak-agak bertindak melawan ‘fitrah Allah’. Rakyat tidak akan percaya kepada UMNO. Jalan politik UMNO bukan jalan penyelamat umat. Jalan politik UMNO adalah jalan jahat yang tidak ada hujungnya. Lagi mereka mara kedepan lagi mereka nak jahanamkan orang. Jalan politik mereka ialah kalau dia yang memerintah dia akan jahanam orang-orang yang menjadi penghalang tanpa mengira sangat apa kaedahnya asalkan mereka selesa.
Sebab itulah saya rasa sudah tiba masanya Najib dan Muhyidin membela UMNO dengan dos yang sesuai. Mereka berdua telah diberi amanah oleh Allah. Amanah itu hanya dipinjamkan. Monitorlah perjuangan dalam UMNO dengan tepat dan betul. (No-lips services please)
Akhir kata dibawah ini adalah ilmu yang diamanahkan oleh nabi Muhamad saw supaya menuntut ilmu hingga ke negeri Cina.
Kata Sun Tzu:
# “Heaven” is created by exemplary leadership“
“The good commander seeks virtues and goes about disciplining himself according to the laws so as to effect control over his success”
April 16, 2009 4:31 PM
Anonymous said...
Salam Mummy,
quote:
"Maka hari ini terpancarlah dengan jelas kebodohan wakil-wakil rakyat yang kita pilih mewakili kita. Mereka tidak bijak menilai yang mana tulin dengan yang mana palsu. Sebab itu mereka mudah melatah apabila Anwar Ibrahim melancarkan serangan ”Gempaq Kelin” untuk menawan Putrajaya pd 16 Sept 2008"
Memang betul tu mummy, saya cukup bersetuju. Cuba tenguk dia org punya kualiti - bila DSN gempak, semua berterabur datang balik - hilang soal takut kena ugut. Betul-betul kartun ! Org macam layakkah jd wakil rakyat. Mereka hanya pentingkan kedudukan politik serta gemar berkonspirasi. Org macam ini patut digantikan sahaja. Apa yang pasti, mereka ini jgn lagi diambil untuk jd calun pd PR13nanti. DSN arahkan semua wakil rakyat tingkatkan imej parti dgn bekerja keras, sebaliknya mereka buat konspirasi. Mereka ni mesti ada ketua. Ketua ni perlu pegang dulu sbb dia nilah yg jd puncanya. Yang lain2 tu tak guna akal, ikut sahaja. 3rd class punya wakil rakyat.
Mata kecik sebelah..
April 17, 2009 12:08 AM
Anonymous said...
Setingkat lagi mata pelajaran anda/diri sendiri bagaimana untuk belajar/memahami apakah peranan/fungsi "JAWATAN KET.PERHUBUNGAN UMNO NEGERI".
Apakah? dan bagaimanakah? bentuk penyelesaian/tindakan susulan yang akan dilaksanakan oleh kepimpinan sekarang,ini akan menyumbang kepada "Fasa Permulihan/Pemutihan".Saya yakin penuh kepada kepimpinan DSN akan dapat menstabilkan semula pentadbiran diperingkat semua negeri.Inilah hikmahnya disebalik permasaalahan tersebut.
Semoga negeri kedah dapat ditadbir semula oleh kerajaan sebelum ini dan begitu jugalah negerix yang telah ditewaskan pada PRU 12.
Rumusan:
Perlantikan untuk menduduki jawatan Ket.Perhubungan UMNO Negeri penting bagi membolehkan BN menawan semula negerix yang telah diambilalih pada PRU yang lepas.
April 17, 2009 2:26 PM
Anonymous said...
"Semoga negeri kedah dapat ditadbir semula oleh kerajaan sebelum ini dan begitu jugalah negerix yang telah ditewaskan pada PRU 12."
KEDAH KALAU DAPAT SEMULA KEPADA BN, PASTIKAN DET KHALID YG DH BERUBAN TU, TIDAK DILANTIK JADI MENTERI BESAR. DIA NI HAPRAK. DIALAH MUSAANG BERBULU AYAM YG MENGATUR STRATEGI BAGI MEMASTIKAN DR MAHATHIR KALAH DARI MENJADI CALUN PERWAKILAN KE PERHIMPUNAN
UMNO DULU. DIA BERSEKONGKOL DENGAN JOHARI BAHAROM. SEKARANG CUBA TENGOK NANTI, DIA ORANG NI PUNYA JILAT DR MAHATHIR SEBAB SAHAM MAHATHIR KINI TENGAH NAIK. BETUL2 HIPOKRIT TAHAP GABAN !!! ORANG MACAM INI MEMANG TIDAK BOLEH PAKAI..TIDAK ADA PENDIRIAN, HANYA LAYAK DISURUH2. KETIKA MAHATHIR BERKUASA DULU, DIA ORANG NI PUNYA JILAT..INILAH MANUSIA HAPRAK YG TAK BERMARUAH !!!
mata kecik sebelah..
April 17, 2009 3:18 PM
anak kpg petani said...
mai la pakat sokong pkr di penanti nanti..hehehe.umno dah tak relavan.
April 17, 2009 10:13 PM
.....@@@...... said...
Dengan SMS pun takut, ni nak berjuang rakyat. Boleh mampuih la wakil rkyat mcm ni
April 17, 2009 10:33 PM
Anonymous said...
Semua nie panjang akai laa..pasai dok xsenang dah masingx,sapa dapat jadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.Pandangan kena jauh kedepan untuk PRU 13 Le...
Mesyuarat pertama MT dijadualkan pada 24hb ni..
DSN,bukan calangx pemimpin,dia dah pasti memahami permasaalahan UMNO disetiap negeri ketika ini.
Di-Kedah,fahamx sajalah...pasai apa BN kecundang pada ayaq lepas.
Sama-sama kita tunggu,macamana hasil keputusan pada hari tersebut.
Jangan mudah lupa.....?
Ayahda Tun Che Det sampai xlepas G7,awat dia lekeh sangat ka....?
Tim.Ket.Bahagian dapat jadi calon untuk bertanding kerusi Perlimen Oooo.....
Dapat jadi sanator...macamana dia buat?
Lu fikir le.... sendiri.bo
April 18, 2009 10:01 AM
----caw Hasan Kona-- said...
Det Khalid kalau dok jd Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah jgn dok mimpilah Kedah nak dapat balik!!!
PUR12 sapa yang menghancurkan Kedah. Sapa yang dia pilih jd calon BN. Pi buh calon yg semua kerja dgn dia spt Ali Yahya & Azmi Che Husin. Buh Osman Desa jd calon..... Tajul baguih sangat ka yg di pilih jd calon. Yang menguasai kepala otak det Khalid ialah KJ. Otak Tajul pun KJ control. Merbok owned by Singaporean.
Kalau nak dapat balik Kedah, pemimpin yang ada di setiap bahagian kena ganti.
Contoh Merbok.
Ketua Bahagian- terang2 beli undi dan juga proksi KJ.
Timb Ketua Bhg- kaki betina, beli rumah joint nama dengan Yati anak Hj Saidin tp bkn wife dia lagi. Sessi lalu tidak pernah turun mesyuarat AJK tp lawan menang. Bohong org Merbok dia close ngan Awang Adek. Mai musim lawan huloq duit sahaja. Tak percaya tanya Lah Kaki Besi cawangan Bt 5, Simpang Bujang.
Naib Ketua- salah guna duit KEMAS. TAk percaya tanya Cikgu yang mengajar Semeling yang buka kedai kat taman Bujang. Tanya Ujang Tg Dawai, berapa RM dia bagi? Tanya Bg Lah Jilid berapa dia bagi?
AJK- Ali Din, Poat, Chop Keda apa yang anda perjuangkan? Trip p Medan saja yang mereka tahu. Non Bkt Inas- apa perjuangan anda?
Syukur YNB? AJK Lantikan - Hashim & Syed Osman- Apa yang anda perjuangkan untuk kepentingan orang Melayu Merbok? Apa program yang anda jaya sewaktu anda jd Naib Ketua Bhgn dahulu? Nak beli orng Merbok senang sahaja- sediakan bilik di KL waktu Perhimpunan Agong UMNO, sedekah RM50 waktu mesyuarat caw, sedekah RM50 sewaktu persidangan bahagian. Itu saja yang ahli UMNO Merbok yg kebuloq.
Ahli2 UMNO Merbok, bukannya ada benda nak perjuangkan. Juang untuk perut sahaja. Ahli UMNO Merbok nilai RM50 shj. Boleh RM50-selesai. itu sahaja yg mereka mau.
motto perjuangan UMNO Merbok ' Tanpa RM Kami Kaku'
UMNO Merbok kena di bersihkan.
April 18, 2009 6:15 PM
Barua Singapura said...
Rakan Bloggers dari Merbok,
Dengaq kata Tajul akan dilantik jadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri kedah.
Hampa tolong nagi sokongan sat.Mohon pendapat hampa.
April 18, 2009 11:40 PM
dik said...
DSN tegaskan hanya pengerusi yang di terima akar umbi sahaja yang layak jd Pengerusi Perhubungan Negeri....TAJUL URUS LAYAK KA
April 19, 2009 10:26 AM
Anonymous said...
derih jusuh masih tak puas hati tuuu dengan MB
April 19, 2009 12:12 PM
cucuhajiputeh said...
erm pandai Mummy nie noo,,..seronok dok baca tulisan Mummy
April 19, 2009 2:44 PM
----hentam jgn tak hentam--- said...
Det Khalid, Tajul, Ali Yahya n Johari Bahrom antara nama yang TIDAK PERLU ADA dalam Perhubungan Negeri Kedah. Kalau rasa nk hancur buh tengok.
Inilah kuncu-kuncu KJ yang menggangu gugat DSN!!
Semua ini di control dengan mudah oleh KJ secara remote control sahaja.
Siapa yang hentam dan merencana kegagalan Tun untuk jd perwakilan G7???
KJ adalah mata telinga Anuar Ibrahim di dalam UMNO.
Masih ingat lagi KJ menghantar PASPORT kepada Anuar Ibrahim. Kenapa perlu KJ yang hantar????
KJ akan merobek dari dalam UMNO dan Anuar Ibrahim akan menghancur dari luar.
Tajul akan menyokong Anuar Ibrahim. Bagi yang tahu, Pegawai Belia Kuala Muda kena tukar suatu ketika dahulu oleh Anuar Ibrahim kerana Tajul. Tajul dakwa pegawai itu tak beri kerjasama.
Tajul bukan sahaja org KJ, orang Anuar juga termasuk Zubir Zufa Farmasi.
Mereka-mereka ini mencari makan dalam politik!!!!
Perlukah mereka dalam kancah politik UMNO hari ini????
April 19, 2009 6:04 PM
dik said...
la aku difahamkan yg KJ tu agen antaq passport..kalu sapa yg nak buat passport blh melalui KJ...siap dgn penghantaran sekali...baguih service yg KJ bg..aku pun memang nak buat renew passport jugak...passport aku dah tamat tempoh..nak ikut rombangan UMNO Bhg Merbok ke Bandung bulan dpn...sapa2 yg nak p..blh bagi nama kat pej UMNO..lgpun duit PRK Bkt. Selambau banyak lg...ketua bhg pandai simpan sikit utk kita p jln2...bukan mcm Tok Mie..xpandai langsung nak simpan duit sikit habuan nak jln2...abis di perabih kat semua peti undi...
April 20, 2009 11:27 AM
Anonymous said...
woi....xkan AJK Bahagian saja kot?,abih ketuax cawangan nie camana?
xpa! ketuax cawangan xpayah bawa depa,kita belanja mee rebus dengan tea 'o' sudah,
Kalau nak pi juga,kena jumpa le.. tajul..lepas tu kena bersumpah depan dia dengan berkata 'Saya sekarang nie..bukan lagi orang Tok Mie.Saya orang Tajul dah he...he...
Jangan buat lupa pulak,hari tu bolehpun sapax nak tawarkan diri jadi AJK Bahagian.
Hari tu...boleh le....,bawa pi makan kat western food,nak undi bang....?,la..'Special Offer' dah habis.Kena tunggu jualan 'Mega Sale'lah pulak?.
April 20, 2009 12:02 PM
dik said...
apa kelas ketua cawangan nak ikut..yg tajul nak bw ini org2 yg kena teruk ms PRK Bkit Selambau br2 ni..ketua cawangan tunggu 3 tahun lg..br dia kalut cr balik...la ni dia buat xreti ja la..nak rs duit tajul balik tunggu la pemilihan 3 tahun nnti..xkan yg tu pun xtau..kepentingan ketua cawangan dah xdak..sebelah mata pun tajul xpandang la
April 20, 2009 12:45 PM


