"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat." - Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.Ahmad melakukan sumpah ini di persidangan Dewan Undangan Negeri dua hari lepas. Kenapa beliau bersumpah?
Ianya berpunca dari soalan Alias Abdullah, seorang Adun BN mewakilili Limbat.
Sumpah Ahmad ialah untuk menyakinkan Dewan bahawa tiada penyelewengan dalam pemberian kontrak untuk pembelian kurma dan air zam-zam yang diedarkan kepada orang ramai.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=464190
Tahniah kepada Adun Limbat atas sikap keterbukaan beliau dalam memastikan pentadbiran BN di Terengganu benar-benar telus.
Wednesday, December 23, 2009
AHMAD SAID & PERTUNJUKAN PENTAS
Ahmad merujuk kepada soalan yang cukup panas dari Adun Umno dari Bukit Besi Din Adam.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=463633
Laporan itu juga menyebut: "Ahmad kemudian menyindir Din dengan menyatakan wakil rakyat itu kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya tidak mengetahui pembangunan di kawasan sendiri."
"Pertikaman lidah turut melibatkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) apabila beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong."
Kalau tidak silap kita, Umno Terengganu sudah kembali aman selepas retreat di Janda Baik tidak lama dahulu. Katanya ahli Umno di Terengganu berpeluk-pelukan di atas pentas di Janda Baik tanda suasana harmoni selepas Ahmad diserang hebat oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti beliau sendiri.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/40641-muhyiddin-umno-now-ready-to-take-on-its-foes-
Rupa-rupanya apa yang berlaku di Janda Baik hanyalah satu pertunjukan pentas.
No comments:
Post a Comment