Thursday, 7 January 2010

Bagaimana kontraktor dilantik?

Dipetik drp : http://mummyrokiah.blogspot.com/

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kabinet hari ini mengarahkan Kementerian Kerja Raya mengetatkan prosedur pelantikan kontraktor dan perunding pembinaan bagi projek-projek pembinaan awam.

Dalam reaksi segera ekoran kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, arahan berkenaan perlu dilaksanakan segera bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

"Mengikut situasi sekarang biasanya apabila kita melantik kontraktor, kontraktor akan melantik perunding, ini kerana kita hendak memastikan ada pihak dapat peluang kerja dan untuk tujuan pengagihan peluang perniagaan.

KOMEN
Bagaimanakah kontraktor dilantik selama ini? Disenaraikan bagaimana kebiasaannya kontraktor dilantik selama ini melalui kaedah-kaedah:

a) Direct Nego - nego secara senyap-senyap panggil kawan-kawan untuk submit proposal.

b) Close tender - "hijack proposal" bukan kroni dan diubah kulit.Tender dipanggil sekadar memenuhi syarat. Harga bocor dan di "award" projek kepada kroni.

c) Pakai kaki - kontraktor yang tiada "connection" KSU, TKSU, Ketua Pengarah dalam sesuatu jabatan pakai kaki atau gurka untuk mendapatkan kontrak.

d) "Political connection" - pakai orang UMNO yang ada pengaruh dengan Menteri. Kalau projek berjaya diagih beberapa persen "political fund" untuk bertanding jawatan tertinggi dalam UMNO.

e) Pakai "connection" pertalian saudara - Kaedah ini memakai pertalian saudara samada isteri Menteri, menantu menteri, ibu mertua, anak-anak PM dan ibu atau bapa menteri. Kaedah ini didapati paling berkesan.

f) Royal connection - terdapat juga sesetengah projek dianugerah kerana ada perhubungan diraja.

Kaedah-kaedah ini hanya diguna pakai untuk projek-projek mega yang bernilai RM50 juta keatas. Projek-projek kecil ditender secara terbuka supaya anak-anak bilis bersaing sesama mereka supaya dilihat ada ketelusan kerajaan.

Penglibatan kontrator asing seperti dari Jepun, Korea, German dan lain-lain dimeterai semasa lawatan MB atau mana-mana Menteri keluar negara. Ini supaya kelihatan lawatan tersebut berjaya.

Mungkin ada kaedah-kaedah lain kita kurang pasti sehingga berlaku sesuatu mala petaka baru pekong terbongkar.

No comments:

Post a Comment